Memasang Anti Copy Paste Menggunakan CSS Di Blogger

Assalamualaikum, Kali ini saya akan kongsikan cara memasang anti copy paste menggunakan CSS, Cara ini sangat berkesan dan sangat berguna untuk para blogger pemula.
Memasang Anti Copy Paste Menggunakan CSS Di Blogger

Pentingnya anti copy paste?

Mengapa para blogger harus menggunakan anti copy paste? Bagi blogger pemula, anda harus baca dan fahami apa yang saya akan kongsikan kerana ia sangat baik untuk menjaga kualiti kontent blog kita. Sekiranya ada blogger pemalas (blogger yang suka mencuri hasil kontent blogger lainya) saya kategorikan mereka sebagai pemalas dan pencuri haha. anda akan kehilangan rank di dalam search engine, pada awalnya mungkin anda akan mendapat rang 1 tetapi apabila ramay yang mencuri hasil kerja anda , kemungkinan anda akan turun ke rank 10 kebawah yang membuatkan hasil atau visitor blogger anda akan menurun 200% saya jamin, kenapa? kerana saya sudah merasakanya dimana ramai blogger pemalas dan pencuri mencuri kontent yang saya kongsikan.

Tapi jangan risau, saya akan kongsikan cara mengatasinya step by step di jamin 100% berhasil, Cara yang saya akan kongsikan ini hanya menggunakan css sahaja dan tidak menggunakan javascript (javascript make your blog looding too slow bosku.)

Kita terus ke tutorailnya ya guys.

Cara memasang CSS anti copy paste

Pertama login ke blogger anda tab Theme > HTML Editor Dan cari code /head dan pasangkan code css berikut di atasnya.

<style type='text/css'>
body{display:block;-khtml-user-select:none;-webkit-user-select:none;-moz-user-select:none;-ms-user-select:none;-o-user-select:none;user-select:none;unselectable:on;}
</style>

Ingat pasang tepat di atas code /head Ataupun pasangkan ke dalam css style anda untuk semua page sekiranya ingin memasang anti copy paste ke semua page blog. Dan sekiranya anda hanya ingin memasang di page posting silakan tambahkan code tag blogpost.

Setelah selesai measang code css di atas, silakn simpan template anda dan silakan coba untuk copy text di blog anda,Code di dalam box pre, code dan kbd masi boleh di copy seperti biasa.

Bagaimana? senang bukan, saya ingatkan para sahabat sekalian untuk menjaga hasil kerja kita di blogger dan jangan menjadi blogger pemalas dan pencuri, sampai di sini sahaja posting saya tentang cara memasang anti copy paste dengan css, sekiranya ada pertanyaan silakan tinggalkan comment di ruangan yang di sediakan. Wasalam.

No comments:

Post a Comment